TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011
Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Tuesday, March 29, 2011
gempa bumi
takut sangat kan bila dengar berita nih?
kalo sebelum nih,kita dengar orang lain ja canangkan kalau ada gempa bumi
dan skarang,ada pengkaji yang kata,titik tu semakin berubah..
hmm,perbuatan melambangkan niat hati.
ni lah kesannya yang kita xtahu
kesan dari perbuatan kita selama hidup di dunia ni
bumi pun dah mula memberontak
bila niat kita tu xberbalik kepada agama kita,
kepada iman kita,
kepada sunnah rasul kita,
dan yang utama, amanat Allah
uintuk kita berbakti di dunia demi kesejahteraan akhirat
kita ni sekadar hambanya...
sikit pon xterlawan kuasanya..
betullah kata orang,
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita.
Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.
Dan bukan semua yang menyakitkan hati kita tidak baik untuk kita.
Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia...”
nk share lah post2 kawan2 aku yang menarik:
"..berusahalah kamun menggapai syurga Allah,
kerana neraka sudah pun berada didalam genggaman kamu.."
smoga kita sentiasa berusaha menggapai syurgaNya..insyaAllah...
p/s: try kurang wat dosa klau xleh wat amal ibadat pun...sbb neraka ada dlm tgn dh...(psnn utk dri sniri sma..huk3)~~
Fudhail Ibnu Iyyadh berkata
" keberuntungan dunia mampu di raih dgn jejak langkah kaki,
sedangkan keberuntungan akhirat hanya mampu di raih dgn gerak hati" ~
jdikan stp pekerjaan adalah ibadah
memulakan awal pagi dgn niat yg ikhlas
tnpa mengeluh pda stiap cercaan
smoga dlm lindungan Allah :)
Di sini tanah berkat,
langit terbuka luas doa trmakbul olehNYA,
tanah mengalirnya darah2 para sahabat dalam perjuangan Islam.
jgn sesekali merosakkan barakahnya tanah ini dengan pelbagai perlakuan yg tidak molek,
malulah kita pada para pejuang agama Allah dimana mereka bermandi keringat merah untuk kita di sini.
adakah kita bakal meninggalkan tanah barakah ini dengan kesan2 terpalitnya kecacatan akibat perbuatan kita?
sama2 muhasabah :)
Posted by JAY HO at 10:31 PM
Labels: weather forecast
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment