Showing posts with label copy paste edition. Show all posts
Showing posts with label copy paste edition. Show all posts

Monday, October 24, 2011

xsama, moga moga

ujian bertambah,















cobaan memberat...












harap2 iman pon menebal..=)

Friday, September 30, 2011

bersatu di negara jiran


memang sangat bagus kan kalau macam ni..


teruskan usaha! hehehe

hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri..

Wednesday, August 10, 2011

larinya aku dot dot dot

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn
Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…
——————————————————–

...Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.

Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan
cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-

Keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .

PS:
Ayah, .. tidak ada satu pun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..

Thursday, April 21, 2011

SITUASI KETIKA BERGAYUT

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :

1.  Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2.  Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!

3.  Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4.  Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5.  Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak"  Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6.  Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...

7.  Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8.  Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9.  Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10.  Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....

hehehe..mantop2..y last tu penting..
sebab tu sampai ke sudah xletak la jawabnya.hahaha

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space