Sunday, March 4, 2012

MITRAD 8

Suka bercakap? Berkebolehan untuk bercakap tanpa henti? Sukakan fesyen dan bercita2 untuk menjadi artis? Ha.. Maaflah..
Kami tidak ada solusinya..

TETAPI, kami boleh sediakan platformnya. Sertailah MITRAD8! UKM Top Host mencari-cari anda. Berbakat hanyalah satu bonus! Malu tapi berkeinginan merupakan satu cabaran! Atasi ketakutan anda. Gunakan bakat yang ada.

Fesyen Bajet 2012. Bukan sekadar talk show. Buat gadis2 dan jejaka2 di luar sana, berfesyen bukan satu halangan. Malah satu keperluan! Tapi kos jadi penghalang? Jangan risau..Cari jawapannya di sini. Tips-tips hebat dan muidah! hanya untuk anda.

Busanaku a.k.a fesyen show. Bertemakan konsep kontemporari, serlahkan citarasa dan budaya, tonjolkan hasil tangan yang berbakat itu.

*Sertai Bengkel Jom Format Laptop! Terbeban dengan laptop yang dimasuki virus dan kos format yang tinggi? Hanya dengan RM3, pelajari cara mudah backup data dan format laptop anda. Tenaga pengajar khas dari FTSM UKM. Profesional dan berpengalaman. Practikal secara ON-DA-SPOT. Hanya perlu bawa laptop sendiri. CD disediakan.

Daftarlah sekarang! Tempat terhad. Peserta yang mendaftar awal pasti terkesima dengan hadiah lumayan dan tawaran hebat kami. Kunjungi bilik UPSM di Bangunan Pusanika UKM, Aras 1 untuk lebih detail.










Bergelar graduan? >>Tahniah diucapkan kepada anda!!
Bergelar graduan dlm kalangan ribuan graduan? >>ouhh..Mesti ramai y mengeluh.. Terutama time nak cari kerja, tepaksa la compete dengan ribuan graduan tu.. Tapi, dlm ribuan graduan berkualiti tu, apa kriteria y majikan cari? YA. Anda tahu? Saya pon xtahu? :)

Risau? Tak perlu risau, MITRAD boleh bantu anda. Dengan bengkel Penulisan Resume, Slot Graduan Berkualiti dan Mock interview, pasti membantu. Jom kenali potensi diri dan tonjolkan kebolehpasaran kita. Boleh bercakap? Kreatif? Berfikiran matang dan jauh? Sentiasa mempunyai idea bernas? Bagus! Inilah hasil yang kami harapkan. Cakap bukan sebarang cakap, alang2 bercakap, biar dapur boleh berasap.

Turut direncanakan, jom kenali kriteria majikan kita. Bekerja dalam bidang yang diminati kini bukan setakat impian, bahkan, bakal jadi kenyataan. Apa duk tunggu lagi? Daftarlah sekarang! Siapa cepat dia dapat.

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space